UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No

Transkrypt

UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No
Jadual 1 - SIJIL
UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No. 16688-K)
MICROSOFT COMPLETE FOR BUSINESS
INSURANS PERLINDUNGAN PERANTI MICROSOFT
NO. SIJIL INSURANS – sepertimana No. SIRI peranti yang dilindungi
Nama
Maklumat Peranti
Tarikh Mula
Lebihan
No. Sijil Utama
:
:
:
:
:
Sijil ini melindungi Ahli terhadap :
1. Peranti yang dinyatakan di atas daripada Kerosakan Akibat Kemalangan termasuk
Kerosakan Akibat Cecair. Dengan syarat bahawa liabiliti Syarikat di bawah Sijil ini
berkaitan dengan mana-mana kerugian tidak melebihi jumlah yang diinsuranskan
terhadap Peranti
Sijil ini adalah tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian yang terkandung di dalam
Polisi Utama yang dinyatakan di atas yang diinsuranskan oleh UNI ASIA GENERAL INSURANCE
BERHAD (Co. No. 16688-K).
(Dokumen ini dihasilkan secara berkomputer – tiada tandatangan diperlukan)
UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD
Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami bertanggungjawab untuk melindungi
data peribadi anda. Sila layari laman web kami di www.uniasiageneral.com.my untuk maklumat
lanjut mengenai Dasar Privasi kami. Sebagai alternatif, anda boleh e-mel pertanyaan atau
permintaan anda untuk mengemaskinikan data peribadi anda kepada kami di
[email protected] atau melalu pos kepada Pusat Khidmat Pelanggan,
Uni.Asia General Insurance Berhad, Tingkat 10, Menara Uni.Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
1
MICROSOFT COMPLETE FOR BUSINESS
Ringkasan Terma dan Syarat untuk Program Perlindungan Peranti
Apakah Perlindungan Yang Akan Anda Terima
Jikalau Anda telah membayar Premium, dan Kami telah menerima permohonan anda, Kami bersetuju
untuk melindungi Anda dalam Tempoh Insurans mengikut terma, syarat, pengecualian dan Had dalam
Polisi Utama
Apa Yang Akan Dibayar
Kami akan melindungi Anda terhadap Kerosakan yang disebabkan Akibat Kemalangan (termasuk
Kerosakan Akibat Cecair)
Tanggungjawab Anda Untuk Memberitahu
Apa Yang Perlu Anda Maklumkan Kepada Kami
Anda mesti maklumkan semua perkara yang Anda tahu, atau sepatutnya tahu, yang mana boleh
mempengaruhi keputusan Kami untuk melindungi Anda dan/ atau terma yang melindungi Anda. Anda
perlu melakukan perkara ini semasa memohon Perlindungan insurans atau memperbaharui
perlindungan insurans Anda. Apabila Kami merujuk kepada Anda soalan khusus, Anda hendaklah
menjawab soalan dengan jujur. Adalah penting untuk setiap orang yang dilindungi di bawah insurans
ini menjawab soalan dengan sejujurnya.
Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Tidak Memberitahu Kami
Sekiranya Anda melindungi maklumat atau Anda tidak menjawab soalan Kami dengan cara seperti
yang diterangkan, Kami boleh mengurangkan pembayaran Tuntutan Anda, atau Kami boleh
membatalkan perlindungan polisi Anda. Sekiranya kegagalan Anda untuk memaklumkan Kami
dianggap sebagai penipuan, atau jawapan Anda tidak benar, Kami boleh mengambilkira seolah-olah
polisi Anda tidak pernah wujud.
Adakah Anda Layak Untuk Perlindungan
Anda akan layak dilindungi di bawah Polisi ini jika Anda adalah pembeli Peranti baru dari Microsoft
dan Melebihi umur 18.
Perkataan-Perkataan Yang Membawa Maksud Tertentu
Sebahagian perkataan-perkataan di dalam Sijil Insurans/Polisi Utama membawa maksud tertentu.
Perkataan-perkataan tersebut dan maksudnya adalah seperti di bawah.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
2
Kemalangan
Bermaksud peristiwa luaran yang melibatkan kekerasan, keganasan dan yang menyebabkan
Kerosakan yang tidak dijangka, berlaku secara kebetulan dan tanpa sebarang perancangan dan
berlaku tanpa bergantung kepada sebab-sebab lain. Walaubagaimanapun, kecurian peranti adalah
terkecuali.
Sijil Insurans
Bermaksud Sijil Insurans yang mengandungi perincian seperti nama Anda, perincian buatan dan model
Peranti yang dilindungi. Ianya merupakan sebahagian daripada Polisi Utama, dan Anda hendaklah
membacanya bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam Polisi Utama.
Tuntutan
Bermaksud tuntutan bagi mana-mana hak dan faedah di bawah Polisi Utama. Syarikat akan
menyelesaikan Tuntutan dengan membayar pusat perkhidmatan yang disahkan.
Kami, Syarikat
Merujuk kepada UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD
Kerosakan
Bermaksud Kerosakan fizikal, kemusnahan dan kegagalan Peranti Anda (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, Kerosakan akibat cecair) yang menghalang Peranti Anda dari berfungsi dengan sewajarnya.
Tarikh Kejadian
Bermaksud tarikh apabila Kerosakan Akibat Kemalangan berlaku.
Lebihan
Bermaksud jumlah yang perlu ditanggung oleh Anda untuk setiap Tuntutan. Anda hendaklah
membayar jumlah pertama untuk semua Tuntutan, dan jumlah Lebihan tersebut dinyatakan di dalam
Polisi Anda.
Kejadian
Bermaksud peristiwa Kerosakan Akibat Kemalangan (termasuk Kerosakan Akibat Cecair) berlaku.
Anda
Merujuk kepada individu yang namanya dinyatakan dalam Sijil tertakluk kepada terma kelayakan yang
telah ditentukan oleh syarikat dari masa ke semasa.
Ahli yang Diinsuranskan
Polisi ini meliputi peranti yang digunakan oleh organisasi, pekerja ataupun individu.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
3
Had
Bermaksud jumlah maksimum yang dibayar di bawah Polisi Utama ini dalam Tempoh Perlindungan
untuk penggantian atau pembaikan Peranti; Harga Penggantian atau kos pembaikan dan dua tuntutan
maksimum hanya untuk tempoh perlindungan tetapi jumlah semua faedah yang dibayar atau perlu
dibayar semasa polisi ini berkuatkuasa tidak akan melebihi agregat dua kali jumlah yang diinsuranskan
peranti.
Penukaran Material
Bermaksud apa-apa penukaranan material yang melibatkan fungsi Peranti yang dilindungi, samada
meningkatkan keupayaannya atau penglibatan yang dapat mengurangkan keupayaannya daripada
spesifikasi asal pengeluar.
Peranti
Bermaksud Peranti yang dinyatakan di dalam Sijil Insurans Ahli yang Diinsuranskan termasuk nombor
SIRI, pengeluar dan ciri-ciri model.
Tempoh Perlindungan
Bermaksud Tempoh Perlindungan dimana Kami telah menerima Caruman daripada Ahli yang
Diinsuranskan.
Sijil
Bermaksud peraturan/ perjanjian Insurans di antara Anda dan Kami.
Caruman
Bermaksud amaun wang yang Anda setuju bayar kepada Kami di bawah Sijil Insurans sebagai balasan
kepada manfaat yang tertera di dalamnya.
Harga Penggantian
Bermaksud nilai pasaran satu (1) unit Peranti dari pengeluar dan model yang sama seperti Peranti atau
Peranti lain yang mempunyai keupayaan fungsi dan teknikal yang sama jika tiada stok Peranti tersebut
yang tersedia semasa tarikh penggantian, dengan syarat nilai Peranti gantian tersebut tidak melebihi
nilai Peranti asal.
Nombor Siri
Adalah kod unik yang digunakan untuk mengenal pasti sesebuah Peranti
Had Kawasan
Bermaksud di dalam Malaysia.
Bila Perlindungan Berkuatkuasa
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
4
Tempoh Insurans akan bermula dari masa pembayaran diterima daripada Anda dan akan berakhir
pada 12.01 pagi waktu Malaysia, atau pada tarikh pembatalan. Sebarang kegagalan untuk membayar
Caruman akan mengakibatkan Perlindungan dibatalkan secara serta-merta.
Siapakah Yang Akan Kami Bayar
Semua pampasan di bawah Polisi Utama akan dibayar kepada Pusat Servis yang disahkan dan tertakluk
kepada Had seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Utama.
Apa Yang Tidak Dilindungi
Kami tidak akan melindungi Anda terhadap Kerosakan yang berpunca secara langsung atau tidak
langsung daripada perkara di bawah:
i.
Banjir, Gempa Bumi dan lain-lain kejadian alam;
ii.
Perbuatan yang bertentangan dengan larangan kerajaan atau undang-undang;
iii.
Peperangan, penaklukan, perbuatan musuh asing, permusuhan (samada peperangan
diisytiharkan atau tidak), peperangan sivil, dahagi, pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa
oleh pihak tentera atau pemerintahan tentera;
iv.
Sebarang tindakan keganasan. Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermaksud tindakan,
termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan paksaan atau kekerasan dan/ atau ugutan
sedemikian, oleh mana-mana orang atau golongan orang, sama ada bertindak sendirian atau
bagi pihak atau berhubungan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan, yang dilakukan
untuk tujuan politik, agama, ideologi atau yang seumpamanya termasuk niat untuk
mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/ atau menyebabkan orang awam atau sebahagian
orang awam berada dalam ketakutan.
v.
Kelewatan, rampasan, penahanan, pemusnahan atau pengambilan oleh Kastam atau Polis
atau disebabkan arahan daripada Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa, samada
sebagai barang seludup atau barang curi atau sebaliknya, atau akibat dari perbuatan atau
aktiviti haram atau sebagainya;
vi.
Keadaan atmosfera (selain dari kilat atau hujan ribut);
vii.
Ionising, radioaktif atau pencemaran radioaktif dari mana-mana bahan api nuklear, dari manamana letusan lebihan nuklear, dari bahan api atau senjata nuklear ; dan/ atau
viii.
Penipuan atau kegiatan jenayah oleh Anda atau pihak Anda.
Kami Juga Tidak Melindungi:i.
Lebihan, seperti yang ditunjukkan pada Polisi.
ii.
Kerugian yang tidak dijangka terhadap Peranti Ahli dalam Tempoh Insurans yang disebabkan
oleh Ahli atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ahli untuk menggunakan peranti
mudah alih mereka.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
5
iii .
Kerosakan:
a)
akibat dari haus dan lusuh, “marring”, calar, Kerosakan mekanikal atau elektrik,
perubahan warna, atau mana-mana jenis Kerosakan atau kegagalan yang tidak
berkaitan dengan cara Peranti tersebut berfungsi; ;
b)
akibat daripada pengubahan , penyelenggaraan , pembaikan , masalah rekabentuk,
atau mana-mana proses pembersihan atau pemulihan .
iv.
Sebarang kerugian Ahli mungkin mengalami atau kos yang ditanggung oleh Ahli untuk:
a)
kehilangan nilai, kehilangan kegunaan, kehilangan maklumat yang disimpan di
memori atau apa-apa kehilangan turutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada
sebarang kehilangan ekonomik, atau kehilangan pendapatan, keuntungan,
perniagaan, goodwill atau penjimatan yang dijangka) , kecuali seperti yang telah
dinyatakan di dalam Polisi ini;
b)
Kerosakan, kos atau caj, apabila membaiki atau mengganti aerial , pengecas bateri
atau bateri di mana barangan ini adalah satu-satunya bahagian Peranti yang telah
mengalami kerosakan atau kecurian;
c)
Sebarang Kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan sengaja atau kecuaian oleh Ahli,
pekerja-pekerja Ahli atau mana-mana orang yang menggunakan Peranti dengan
kebenaran Ahli;
d)
kos atau caj apabila menggantikan aksesori yang tidak boleh lagi digunakan dengan
Peranti;
e)
kos membaiki atau mendapatkan gantian Peranti di mana Kerosakan tersebut
dilindungi oleh jaminan atau waranti pengeluar yang berkenaan untuk bahagian
gentian atau kerja-kerja pembaikan;
f)
kos yang disebabkan oleh Peranti tersebut diservis secara berkala, diperiksa, diselaras
atau dibersihkan;
g)
penggantian atau pembaikan sebarang aksesori yang berkaitan dengan Peranti Ahli;
v.
Kebocoran dalaman bateri, melainkan jika ianya disebabkan Kemalangan;
vi .
Kemerosotan berperingkat atau pembukaan mana-mana bahagian Peranti tersebut atau
Kerosakan kepada mana-mana bahagian semasa ianya dialihkan dari kedudukan biasa, karat
atau hakisan;
vii,
kehilangan yang tidak dapat dijelaskan atau kehilangan secara misteri;
viii.
Kecacatan produk samada inheren tersembunyi atau tidak;
ix.
Kegagalan atau kehilangan fungsi elektronik termasuk nyalaan sendiri atau terbakar, samada
akibat dari kegunaan, salah guna, percubaan atau pembaikan;
x.
Kerosakan berikutan dari tindakan Ahli yang disengajakan.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
6
Bagaimana Membuat Tuntutan
Notis Tuntutan
Untuk Akibat Kemalangan, Anda mesti melakukan perkara seperti yang berikut:
a)
laporkan kepada Kami dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari waktu menyedari
Kejadian tersebut
b)
hubungi Kami di talian bebas tol bernombor 1-800-886-295 dengan segera untuk
memaklumkan Kejadian Kerosakan Akibat Kemalangan membuat Tuntutan. Anda hendaklah
mengemukakan semua dokumen penting pada masa yang munasabah bagi pemeriksaan kami
dan hendaklah bekerjasama dengan Kami dalam semua perkara yang berkaitan dengan apaapa tuntutan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan Tuntutan tersebut. Membuat
Tuntutan palsu/ tipu akan menyebabkan Tuntutan tersebut tidak sah dan menyebabkan kami
menolak Tuntutan tersebut.
Bukti Tuntutan
Anda hendaklah mengemukakan kepada Kami sebarang bukti samada secara bertulis atau sebaliknya
yang diperlukan untuk menyokong Tuntutan Anda dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh
melaporkan Tuntutan seperti yang dinyatakan di atas.
Anda perlu menyerahkan Peranti tersebut kepada Kami sebelum pembaikan atau penggantian dapat
dilakukan. Kegagalan untuk mengemukakan bukti tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak
akan menyebabkan Tuntutan tidak sah atau mengurangkan Tuntutan jika ianya tidak mungkin dengan
wajarnya mengemukakan bukti itu dalam tempoh masa yang ditetapkan, dengan syarat bukti tersebut
dikemukakan secepat mungkin dan tidak boleh lewat daripada tiga puluh (30) hari dari Tarikh
Kejadian. Semua dokumen, maklumat afidavit dan bukti hendaklah dikemukakan di dalam bentuk dan
keadaan yang dikehendaki di atas tangungan Anda.
Pilihan Penyelesaian
Kami berhak menentukan cara penyelesaian samada untuk membaiki atau menggantikan Peranti; dan
mungkin menyertai mana-mana Syarikat Insurans lain untuk berbuat demikian jika Peranti itu juga
dilindungi di mana-mana.
Jika Kami menggantikan Peranti tersebut, ianya akan digantikan dengan yang baru tetapi mungkin:
a)
model yang berbeza;
b)
tidak mempunyai ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang sama seperti Peranti yang rosak atau hilang;
c)
seakan-akan sama, jenis atau kualiti seperti Peranti tersebut.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
7
Pengumpulan
Kami berhak:
a)
Jika berlaku Kerosakan kepada Peranti, mengambil dan menyimpan Peranti Rosak dan
menguruskannya dengan cara yang munasabah untuk mengurangkan kerugian; dan
b)
Mengambil alih di atas nama Ahli yang Diinsuranskan dan bagi pihak Ahli yang Diinsuranskan,
keseluruhan pengendalian, pengawalan dan penyelesaian perundangan dan memulakan
perlaksanaan perundangan dengan perbelanjaan Kami dan untuk manfaat Kami tetapi atas
nama Ahli yang Diinsuranskan untuk mendapatkan ganti rugi daripada pihak-pihak ketiga
untuk apa-apa yang dilindungi oleh Sijil Utama. Ahli yang Diinsuranskan perlu mengemukakan
semua maklumat, dokumen dan member pertolongan yang diperlukan oleh Kami.
Tanggungjawab Anda
a)
Anda hendaklah mengambil semua langkah-langkah yang munasabah untuk
melindungi Peranti Anda pada setiap masa.
b)
Anda perlu memaklumkan kepada Kami sekiranya ada perubahan/ Penukaran
Material kepada Peranti yang dinyatakan di dalam Polisi.
Bila Perlindungan Tamat
Perlindungan ini akan tamat dengan sendirinya apabila perkara berikut yang mana terdahulu berlaku:
a)
b)
c)
d)
e)
sebarang Caruman kena dibayar di bawah Sijil ini tidak dijelaskan selepas tarikh bayaran
Caruman; atau
apabila Perlindungan dibatalkan oleh Kami di bawah terma polisi ini;
Anda menjual atau menukar hakmilik Peranti tersebut dengan mana-mana cara;
Peranti diubahsuai atau diubah dalam apa jua cara, atau identiti elektronik Peranti diubah;
atau
Ahli yang Diinsuranskan menukar Peranti Ahli yang Diinsuranskan untuk apa-apa sebab selain
daripada di bawah jaminan skim pertukaran pengilang atau Tuntutan di dalam Sijil.
Pembatalan
Pihak Diinsuranskan dan Syarikat berhak untuk membatalkan Polisi ini pada bila-bila masa dalam
tempoh kuatkuasanya dengan menyediakan notis tujuh (7) hari yang lain secara bertulis. Apabila
pemberitahuan itu, perlindungan adalah terhenti pada tujuh hari terakhir dan bayaran balik pro-rata
caruman akan dibenarkan untuk baki tempoh insurans berkuat kuasa.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
8
Insurans Lain
Kami tidak melindungi sebarang Kerosakan Akibat Kemalangan, yang dilindungi di bawah sijil yang
lebih khusus atau Insurans Peranti lain yang disertai oleh Anda.
Undang-Undang dan Bidang Kuasa
Polisi Utama merujuk kepada Undang-Undang Malaysia, jika berlaku sebarang pertikaian, ia akan
ditentukan oleh Mahkamah di Malaysia.
Fasal Timbangtara
Mana-mana pertikaian, perbezaan atau soalan yang mungkin timbul selepas ini di antara Kami dan
Ahli yang Diinsuranskan atau wakil yang sah berhubung dengan pembinaan sebenar Polisi atau hak
atau tanggungan hendaklah dirujuk kepada timbangtara. Polisi Utama hendaklah tertakluk kepada
bidang kuasa mahkamah Malaysia dan undang-undang Malaysia.
Timbangtara hendaklah didengar oleh seorang penimbangtara yang dipersetujui oleh pihak-pihak
dalam perjanjian ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh bermulanya timbangtara. Jika
tidak ada persetujuan, mereka akan terikat dengan pelantikan penimbang tara itu dan tertakluk
kepada peruntukan Akta Timbangtara Malaysia atau mana-mana pengubahsuaian berkanun atau
pembuatan semulanya yang sedang berkuat kuasa.
Aduan
Jika Ahli yang Diinsuranskan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Ahli yang Diinsuranskan, Ahli
yang Diinsuranskan boleh menghubungi Microsoft secara langsung di alamat berikut: Surface
Extended Service Plan Business, Microsoft Regional Sales Corp., 438B Alexandra Road, #04-09/12,
Block B, Alexandra Technopark, Singapore, 119968. Sila nyatakan nama dan alamat Ahli yang
Diinsuranskan, dan nombor keahlian yang ditunjukkan atas Sijil.
Jika Anda masih tidak berpuas hati dengan maklumbalas dari Microsoft, Anda boleh menulis terus
kepada Pegawai Khidmat Pelanggan seperti alamat yang tertera di bawah. Sila nyatakan nama, alamat
dan nombor keahlian Anda seperti yang tertera di atas Sijil.
Unit Perkhidmatan Pelanggan
UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD
Tingkat 10, Menara Uni. Asia,
1008, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel. No.:
Fax No.:
03-2619 9000
03-2619 9169
03-2693 2893
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
9
NOTIS PENTING UNTUK PEMEGANG POLISI
Saluran untuk menyelesaikan Aduan Insurans Anda
Jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas atau keputusan kami, Anda boleh mengemukakan
aduan anda kepada saluran di bawah. Sila semak dengan Unit Aduan Syarikat kami ini tentang saluran
yang betul untuk mengemukakan aduan anda.
Saluran lain untuk menyelesaikan Aduan Anda:
Biro Perkhidmatan Pelanggan
Jabatan Pengawalan Insurans,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480 Kuala Lumpur.
Tel. No.:
Fax No.:
03-2698 8044
03-2694 5986
Jika aduan anda masih tidak diselesaikan dan memuaskan hati anda, Anda boleh meminta untuk
penilaian bebas dan percuma dalam tempoh enam bulan daripada keputusan terakhir kami kepada:
Biro Pengantaraan Kewangan/The Financial Mediation Bureau
Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful
4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Tel: 03-22722811 Fax: 03-22745752
PENTING
Anda hendaklah membaca Sijil ini dengan teliti, dan jika terdapat sebarang kesilapan atau salah
tafsiran di dalamnya, atau jika perlindungan tidak mengikut kehendak Anda, Kami perlu diberitahu
dengan serta-merta dan Sijil ini dikembalikan untuk diberi perhatian
Terma dan Syarat Sijil Utama akan dirujukkan.
Sekiranya terdapat kekeliruan, kekaburan dan konflik dalam pentafsiran mana-mana terma atau
syarat kontrak ini, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai dan mengatasi versi Bahasa Melayu.
Microsoft – Malaysia – MY – Complete for Business - 081714
10